Wednesday 7 September 2011

Laporan Keseluruhan dan Kewangan Lawatan Ramadhaan 2011


Lawatan Bulan Ramdhaan 2011

Jumlah keluarga dilawat: 5

Sukarelawan terlibat:

Br Mas Yuri Mahyiddin
Br Faisal Abdulrahman
Br Mujahid Mohd. Noor
Br Mustakim Kamaruddin
Sis Emilia
Sis Tuty Ashikin Abu Bakar
Sis Mardziah Idris
Sis Siti Fatimah Iskandar
Sis Suriati Abd Halim
Sis Siti Manisah Ngalim


Alhamdolillah, lawatan yang telah dirancang telah berjaya diadakan pada tarikh-tarikh yang telah dipilih iaitu 20 dan 21 Ogos, 2011. Walau bagaimanapun, satu lawatan telah ditangguhkan kepada 23 Ogos kerana tuan rumah tiada pada dua tarikh tersebut. Seramai 10 orang sukarelawan dan sukarelawati telah terlibat dalam lawatan sama ada pada hari yang berbeza atau ketiga-tiga hari lawatan.

Antara tujuan lawatan ini adalah bagi memperkenalkan sukarelawan dan sukarelawati kepada mereka-mereka yang dilawat serta untuk mempereratkan lagi silaturrahim antara kami.

Alhamdolillah, semua lawatan telah dapat dijalankan dengan baik. Walaupun terdapat kesilapan masa dan tempat, ini merupakan lawatan kami sebagsi Skuad Ukhuwwah FCR Alumni yang pertama.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dan sukarelawati yang telah turut serta dalam lawatan ini. Juga kami amat-amat menghargai sokongan para penyumbang dana untuk lawatan ini dan dana Skuad.


Laporan perbelanjaan lawatan

Berikut dilaporkan perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi lawatan Ramadhaan ini.

Wang disumbangkan untuk lawatan Ramadhaan ini – RM530.

Hamper kanak-kanak (3 unit) – RM 29.35
Hamper raya (4 unit) – RM 87.90
Barangan keperluan dapur (2 unit) – RM 228.26
Sumbangan wang saku – RM300
Kos perjalanan skuad – RM60
(terima kasih kepada skuad kerana menginfakkan wang untuk perjalanan ini)

Jumlah perbelanjaan keseluruhan – RM 705.50

Baki wang sumbangan – RM 79.50
*sumbangan wang saku RM 300 diambil dari akaun revert.

Baki wang sumbangan telah dimasukkan ke dalam akaun Skuad untuk digunapakai pada masa akan datang.


Dilaporkan oleh
Setiausaha dan Bendahari SUFA

1 comment:

  1. "giving is not the privilege of the rich but it is the privilege of the sincere"..jing si aporism.

    "memberi lebih gembira daripada menerima dengan syarat kita memberi dengan kasih sayang. tanpa kasih sayang, kita tidak akan gembira memberi. justeru awas, jika kita memberi tetapi tidak gembira lagi bererti kasih sayang dalam diri telah terjejas"..ustaz pahrol mohd juoi.

    sabda rasulullah s.a.w "ubatilah orang yang sakit itu dengan menderma"."sesungguhnya derma dapat memadam kemarahan Allah dan menolak kematian yang buruk".

    Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’

    ReplyDelete