Monday 26 September 2011

SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA SAUDARA MUSLIM

Tetamu beserta makanan yang baru sampai dan panas-panas lagi

Alhamdulillah Skuad Ukhuwah Alumni FCR bekerjasama dengan geng-geng Saudara Faisal Abdurrahman telah berjaya menganjurkan sambutan hariraya bersama Saudara Muslim di sekitar Selangor dan jemputan khas dari Melaka. Alhamdulillah tetamu yang hadir sekitar 30 orang daripada pelbagai kaum iaitu sabahan, Sarawakian, Cina, Serani dan Sri Langka serta Aceh. Alhamdulillah peserta program gembira menceritakan pengalaman masing-masing dan membincangkan isu-isu yang dihadapi selepas memeluk Islam. tetamu mendapatkan hadiah buku tuhan untuk semua dan hadiah lainnya daripada penaja luar yang dirahsiakan namanya. Beliau tidak suka diwar-warkan namanya kepada khalayak ramai.
Saudara Hanif Hakim sedang berkaongsi pengalaman bersama tetamu semua, yang duduk ditepi beliau adalah Saudara Muslim dari Sri Langka

Sambutan raya tersebut diadakan di Masjid Al-Hasanah seksyen 9 Bandar Baru Bangi jam 9 pagi smapai 1 petang, awalnya dirancangkan dibuat di taman masjid tapi keadaan cuaca yang mendung terpaksa diadakan di dalam masjid. 

Saudara Joannes Lukas sedang menceritakan tentang Hidayah Center

Beliau datang bersama Yeo Wee Kiat menerangkan tentang tindakan yang boleh dilakukan apabila Saudara Muslim menghadapi masalah. Hidayah Center memberikan bantuan kewangan kepada Saudara Muslim yang menghadapi masalah kewangan dan menyediakan tempat perlindungan semenatara tetapi harus memenuhi syarat-syarat yang dutetapkan oleh Hidayah Center. Hidayah center juga boleh dijadikan sebagai penghubung antara Saudara Muslim dengan Jabatan kerejaan untuk memohon bantuan kewangan dan urusan pengislaman. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.

Wednesday 21 September 2011

Laporan ziarah untuk pemberian wang zakat

Assalamualaykum,
Alhamdulillah kali ini, skuad telah menjalinkan kerjasama dengan Biro Saudara Baru Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Pada 27 Ogos 2011 jam 10.45 pagi bersamaan hari sabtu, kami menziarahi sis Rafiedah di rumahnya di Jalan Ipoh. Tujuan kedatangan kami adalah untuk memberi wang zakat yang diwakili oleh Dato’ Said Mulok, Ketua Biro Saudara Baru, Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara.
Kedatangan kami disambut oleh anak-anaknya yang masih berumur 10 dan 11 tahun. Alhamdulillah, lawatan kali ini sangat bermakna kerana Dato’ Said dengan berbesar hati sudi berkongsi tips untuk melindungi diri dari gangguan makhluk halus dan syaitan. Sis Rafiedah mengambil kesempatan mencatit segala tips yang diberi. Diharap tips tersebut dapat diamalkan oleh keluarga beliau. 

sesi pemberian wang zakat

Walaupun agak singkat kunjungan kami, anak-anak sis Rafiedah merasa gembira dengan kehadiran kami. Sebelum pulang, kami menyampaikan wang zakat kepada sis Rafiedah dan anak-anaknya. Diharap sumbangan yang diberi dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan membeli barang untuk persiapan menyambut hari raya.  
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Biro Saudara Baru Dato’ Said Mulok kerana sudi memberi sumbangan kepada sis Rafiedah dan keluarga. 


laporan disediakan oleh,
Sis Emy
Ketua lawatan

Monday 19 September 2011

Update permohonan dokumen diri Sis Rahayu

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


Pada 11.09.2011 yang lalu, kami telah bertemu dengan Sis Rahayu untuk mengambil salinan-salinan dokumen beliau bagi urusan permohonan kad pengenalan beliau.

Terlanjur datang, kami bawa Sis Rahayu dan anak2 ke Pantai Pengakap sementara kami berbincang lanjut dengan Sis Rahayu.

Senyuman di wajah anak2 ini.....priceless!

Bantuan kepada saudara MS

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


Sehari sebelum Eid Fitr bulan lepas (28 Ogos 2011), ketua Skuad (Br Faisal Abdurahman) telah membuat lawatan persendirian ke atas seorang saudara se-Islam yang sangat baru memeluk Islam. Berikut adalah sedikit catatan laporan lawatan tersebut.


Sunday 11 September 2011

Komputer untuk saudara kita.

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Di maklumkan bahawa Sis Rafidah yang telah dilawati pada Ramadhaan lepas telah diberikan sebuah komputer bagi memudahkan beliau memulakan kursus dan mencari kerja. Terima kasih kepada penyumbang komputer tersebut, Br Faisal Abdurahman dan pembawa komputer dari Bangi ke Jalan Ipoh, KL, Br Mas Yuri dan isteri.

Kemudahan ini adalah satu keperluan buat Sis Rafidah dalam usaha beliau untuk mencari pekerjaan bagi menampung 4 orang anak beliau serta mungkin dapat memudahkan beliau memulakan perniagaan servis beliau, inshaAllah.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Wednesday 7 September 2011

Laporan Keseluruhan dan Kewangan Lawatan Ramadhaan 2011


Lawatan Bulan Ramdhaan 2011

Jumlah keluarga dilawat: 5

Sukarelawan terlibat:

Br Mas Yuri Mahyiddin
Br Faisal Abdulrahman
Br Mujahid Mohd. Noor
Br Mustakim Kamaruddin
Sis Emilia
Sis Tuty Ashikin Abu Bakar
Sis Mardziah Idris
Sis Siti Fatimah Iskandar
Sis Suriati Abd Halim
Sis Siti Manisah Ngalim


Alhamdolillah, lawatan yang telah dirancang telah berjaya diadakan pada tarikh-tarikh yang telah dipilih iaitu 20 dan 21 Ogos, 2011. Walau bagaimanapun, satu lawatan telah ditangguhkan kepada 23 Ogos kerana tuan rumah tiada pada dua tarikh tersebut. Seramai 10 orang sukarelawan dan sukarelawati telah terlibat dalam lawatan sama ada pada hari yang berbeza atau ketiga-tiga hari lawatan.

Antara tujuan lawatan ini adalah bagi memperkenalkan sukarelawan dan sukarelawati kepada mereka-mereka yang dilawat serta untuk mempereratkan lagi silaturrahim antara kami.

Alhamdolillah, semua lawatan telah dapat dijalankan dengan baik. Walaupun terdapat kesilapan masa dan tempat, ini merupakan lawatan kami sebagsi Skuad Ukhuwwah FCR Alumni yang pertama.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dan sukarelawati yang telah turut serta dalam lawatan ini. Juga kami amat-amat menghargai sokongan para penyumbang dana untuk lawatan ini dan dana Skuad.


Laporan perbelanjaan lawatan

Berikut dilaporkan perbelanjaan yang telah dikeluarkan bagi lawatan Ramadhaan ini.

Wang disumbangkan untuk lawatan Ramadhaan ini – RM530.

Hamper kanak-kanak (3 unit) – RM 29.35
Hamper raya (4 unit) – RM 87.90
Barangan keperluan dapur (2 unit) – RM 228.26
Sumbangan wang saku – RM300
Kos perjalanan skuad – RM60
(terima kasih kepada skuad kerana menginfakkan wang untuk perjalanan ini)

Jumlah perbelanjaan keseluruhan – RM 705.50

Baki wang sumbangan – RM 79.50
*sumbangan wang saku RM 300 diambil dari akaun revert.

Baki wang sumbangan telah dimasukkan ke dalam akaun Skuad untuk digunapakai pada masa akan datang.


Dilaporkan oleh
Setiausaha dan Bendahari SUFA