Friday 15 November 2013

Dawah Materials for Downloads & For Non-muslim, Let Learn about Islam



ABOUT MISSION DAWAH

Mission Dawah aims to establish a “mass movement” in dawah through training and mobilising a network of du’aat or Islamic missionaries. Mission Dawah will either partner with or develop teams of local, trained volunteers whose activities will be coordinated by more advanced local team leaders. This will be achieved by taking them through a series of training programmes, alongside additional support with practical tool-kits on giving dawah, and further support in physical, financial and human resources.

These local teams will be developed nationwide, and will come to form a vast network. All activities will be continuously monitored, with findings informing further improvements to make them more effective and efficient. The local team leaders will receive ongoing da’wah training, after which some will be considered to become full-time duaat.

“And who is better in speech that one who calls to Allah and works righteous deeds and says “Indeed I am of the Muslims?” (Fussilat:33)

- See more at: http://www.missiondawah.com

Tuesday 17 January 2012

lawatan ukhwah ke rumah sis Rafidah

Assalamualaikum,

Pada 13 Jan 2012, satu lawatan ukhwah ke rumah sis Rafidah Abdullah telah dijalankan. Kami menziarahi beliau sekeluarga untuk mengetahui keadaan terkini. Sehingga kini, beliau masih belum punyai pekerjaan tetap. Kesukaran mendapatkan kerja adalah disebabkan faktor pergerakan dan kondisi kewangan yang tidak stabil mengekang beliau kerana beliau merupakan ibu tunggal yang punyai anak anak seramai 4 orang (2 sudah bersekolah, 2 berumur 5 dan 3 tahun).

Alhamdulillah, anak-anaknya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun yang lepas. Anak sulung akan menduduki UPSR tahun ini. Manakala, anaknya yang berusia 5 tahun tidak bersekolah.

Semoga beliau terus tabah menghadapi hari hari yang mendatang.
sekiranya anda berminat menyumbang kepada sis Rafidah, boleh hubungi Skuad Ukhwah seperti yang tertulis di bahagian "Hubungi Kami"

Sekian terima Kasih.

Sunday 25 December 2011

18.12.2011 - Rayuan permohonan pengenalan diri Sis Rahayu


Assalamualaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh,

Pada 18 Disember 2011, sebagaimana temujanji kami telah membawa Sis Rahayu untuk berjumpa dengan orang Puan Asiah Daud di kediaman beliau di Puchong, Selangor.

Bergerak ke Port Dickson seawal 7.30 pagi untuk menjemput Sis Rahayu dan anak-anak di kediaman beliau. Kami tiba di rumah Sis Rahayu kira-kira pukul 8.45 pagi dan terus pergi mengambil salinan-salinan dokumen Sis Rahayu yang di hantar untuk di sahkan. Malangnya dokumen tersebut tidak di sahkan sebagaimana yang kami harapkan. Namun begitu, kami merancang untuk meneruskan perjalanan ke kediaman Puan Asiah.

Pukul 11.00 pagi kami tiba di rumah Puan Asiah dan di sambut mesra oleh beliau dan suami. Setibanya kami, beliau telah siap menyediakan minum pagi dan mee goreng untuk kami dan bihun sup khas untuk anak-anak Sis Rahayu. Ternyata beliau cukup mesra dengan anak-anak Sis Rahayu dan mengelarkan dirinya ‘Oma’ iaitu panggilan nenek oleh cucu-cucu kandungnya.

Kami berkenalan dengan Pn Asiah sambil berbincang kes Sis Rahayu sambil beliau menyemak salinan-salinan dokumen yang telah kami sediakan untuk membuat rayuan permohonan permit kepada Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Disebabkan dokumen tersebut belum di sahkan, kami bercadang untuk mendapatkan cop pengesahan daripada Ketua Kampung Bagan Pinang di Port Dickson sewaktu menghantar Sis Rahayu dan anak-anak pulang.

Pukul 3.00 petang kami bergerak dari kediaman Puan Asiah ke Port Dickson seusai solat zohor dan makan tengahhari. Kami cukup berbesar hati dan berterima kasih kepada Puan Asiah dan suami dengan layanan mesra yang di berikan kepada kami. Puan Asiah seorang yang sangat pemurah, rela membantu dan beliau sudi menjadi orang hubungan antara kami dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood bin Adam. Sebelum balik beliau juga memberikan Sis Rahayu buah tangan antaranya pakaian dan bekal makanan. Anak-anak Sis Rahayu juga begitu gembira dijamu makan ais-krim dan gula-gula sebagai buah tangan untuk di bawa pulang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa Puan Asiah dan suami, moga redha Allah sentiasa bersama mereka.

Kami tiba di rumah ketua kampong Bagan Pinang, Port Dickson kira-kira pukul 5.30 petang. Alhamdulillah, kami sempat berjumpa dengan ketua kampung sebelum beliau beredar kerana ada urusan di luar.

Selesai solat Asar kami membawa anak-anak Sis Rahayu ke pantai berhampiran sekadar menghiburkan anak-anak itu selepas satu hari yang panjang. Pada pukul 6.30 petang kami beredar dari pantai untuk menghantar Sis Rahayu balik dan meneruskan perjalanan kembali ke Puchong untuk menghantar salinan-salinan dokumen Sis Rahayu kepada Puan Asiah. 




             
Semua urusan kami selesai kira-kira pada pukul 10.00 malam. Alhamdulillah dengan izin Allah segalan urusan kami pada hari itu berjalan lancar. Kami juga dimaklumkan oleh Sis Rahayu bahawa beliau akan mendaftar anak sulungnya, Mohd Aiman Daniel ke pra-sekolah untuk sesi tahun 2012 pada Isnin 19/12/2011.

Sama-samalah kita mendoakan mudah mudahan usaha ini di berkati oleh Allah dan moga Allah membuka hati mereka untuk meluluskan permohonan permit Sis Rahayu.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh.

Setiausaha SUFA,
24/12/2011

Saturday 24 December 2011

09/12/2011 - Melawat Sis Rahayu selepas permohonan dokumen dirinya ditolak.


Assalamualaikum wa rahmatullaahi wa barokaatuh,

Pada 09 Disember 2011, kami mengunjungi Sis Rahayu di Port Dickson. Bagi makluman semua permohonan permit Sis Rahayu sebelum ini telah di tolak oleh Imigresen Port Dickson.

Kami mengunjungi beliau untuk bertanya khabar di samping mendapatkan salinan-salinan dokumen beliau untuk membuat rayuan di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Kami diberitahu bahawa seorang bekas petugas di Putrajaya dengan nama Pn Asiah Daud telah menghubungi beliau dan menasihatinya untuk membuat surat rayuan tersebut.

Sis Rahayu adalah seorang yang sangat positif dan beliau sesekali tidak pernah berputus asa sungguhpun usaha beliau belum membuahkan hasil. Kami memohon doa dari kalian moga Allah permudahkan urusan beliau, ameen.

Lawatan ringkas ini tamat pada jam 5 petang, tanpa menjanjikan apa-apa kepada Sis Rahayu. 

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

Setiausaha SUFA.
24/12/2011

Tuesday 1 November 2011

LAWATAN NURUL NADIAH DI HUKM

SQUAD telah melawat pesakit di HUKM di bilik Ortophedik Wanita, beliau dilanggar oleh kereta sehingga kaki beliau telah patah dan doktor akan membuat pembedahan kaki beliau pada 3 november. Alhamdulillah beliau gembira berbual-bual dengan kami, beliau dari dulu lagi suka bersembang dengan saya. Beliau mempunyai usaha catering sungguhpun umur sudah 60 tahun, beliau juga sempat bermanja-manja deangan anaknya.  Beliau meminta anaknya mengurut kaki, saya menawarkan diri untuk membuat urut refleksilogi di kaki beliau dan beliau merasa seronok. Alhamdulillah 

Kami jumpa dengan anak beliau bernama Azmi Lim dan berkongsi maklumat tentang dakwah. Alhamdulillah banyak maklumat yang kami dapat daripada perbincangan dengan anak encik azmi.

Saturday 8 October 2011

LAWATAN KE RUMAH SAUDARA MUSLIM DI KAJANG

Alhamdulillah SQUAD telah melawat ke rumah Aisyah Cheng Yee Man di Kajang, suami beliau mengalami sakit buah pinggang dan telah dimasukkan ke wad di Hospital Kajang sejak ahad (2 Okt 2001) sampai Jumat (7 Okt 2011). Alhamdulillah beliau telah discaj semalam dan menunggu keputusan analisis doktor, setakat ini beliau telah menerima dua kali hemodialysis. Beliau tidak mempunyai insuran yang dapat menanggaung kos perbelanjaan tersebut dan memerlukan bantuan daripada muslim yang lain. Selain bantuan kewangan beliau juga memerlukan sokongan moral dari muslim yang lain, sesiapa yang tinggal di kawasan yang dekat dengan kajang bolehlah melawat beliau.

LAWATAN ISTERI SEORANG SAUDARA MUSLIM BERSALIN DI HOSPITAL SERDANG

Alhamdulillah pada 6 Oktober 2011 SQUAD telah melawat isteri daripada Muhammad Syafiq Abdullah di Hospital serdang yang telah melahirkan anak perempuan berat 2.8 kg pada 5 oktober 2011. SQUAD telah memberikan bantuan RM200 untuk keperluan beliau di selama di Hospital Serdang. Alhamdulillah pada hari tersebut isteri dan bayi beliau selamat keluar daripada Hospital dan pulang ke rumah.