Wednesday 24 August 2011

Lawatan Ihsan Ramadhaan 2011 - 23 Ogos 2011



Sukarelawan terlibat:  Br. Mujahid Mohd. Noor, Br. Kamarul Allif, Br. Faisal Abdurrahman dan Sis Siti Manisah Ngalim


Lawatan ini adalah lawatan ihsan bagi keluarga Sis Nora. Kami tidak menggunakan duit dana Squad ataupun duit pemberian khas untuk lawatan Ramadhaan 2011 seperti yang di war-warkan sebelum ini. Ini adalah kerana Sis Nora bukan berstatus revert. Walau bagaimanapun, beliau kami lawati atas ihsan sesama Islam juga atas urusan lain yang melibatkan muallaf, inshaAllah.

Pagi yang tenang dengan hujan renyai.
Kami tiba di rumah sewa beliau di Sungai Balak, Kajang dalam jam 9.45pagi dalam keadaan hujan renyai. Alhamdolillah tidak sukar mencari rumah beliau kerana Br Faisal telah terdahulu melawat Sis Nora sebelum ini.

Beliau mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki dan 2 perempuan. 2 anaknya berada di sekolah menengah dan keduanya mengidap penyakit serius (cancer) dan memerlukan pembedahan. Masing-masing telahpun menjalani pembedahan dan bakal memerlukan pembedahan lanjutan. Manakala anak bongsu beliau mengidap autism. 


Umaira berkenalan dengan abang-abang yang datang melawat.

Kak Nora berkongsi cerita

Antara kuih Kak Nora untuk jualan pasar Ramadhaan.

Umaira juga ingin membantu.

Kami bertanya khabar dan beramah-mesra dengan Sis Nora serta anak bongsunya, Umaira @ Maya dan abangnya, Iman. Sis Nora juga menunjukkan kuih-kuih yang beliau masak untuk dijual di pasar Ramadhaan petang nanti. Sis nora juga membekalkan kami dengan kuih-kuih tersebut untuk juadah berbuka kami. Terima kasih kak!

Br Mujahid khusu' mendengar.

Apa yang diperlukan oleh Sis Nora adalah bantuan kewangan untuk membina semula kehidupan beliau selepas bercerai dan membantu perniagaan makanan beliau. Selain itu, Sis Nora lebih memerlukan sokongan emosi dan motivasi bagi meneruskan kehidupannya. Alhamdolillah, pada pengamatan kami, walau dalamkeadaan demikian, beliau merupakan seorang yang kuat, alhamdolillah atas sokongan anak-anak beliau.


Umaira bermesra dengan Br Mujahid dan Br Allif.

Kami meninggalkan rumah Sis Nora pada jam 11.40pagi kerana beliau perlu menghantar Iman ke sekolah.


Laporan oleh
Setiausaha SUFA

24.Ogos.2011

No comments:

Post a Comment