Wednesday 24 August 2011

Lawatan Ihsan Ramadhaan 2011 - 23 Ogos 2011



Sukarelawan terlibat:  Br. Mujahid Mohd. Noor, Br. Kamarul Allif, Br. Faisal Abdurrahman dan Sis Siti Manisah Ngalim


Lawatan ini adalah lawatan ihsan bagi keluarga Sis Nora. Kami tidak menggunakan duit dana Squad ataupun duit pemberian khas untuk lawatan Ramadhaan 2011 seperti yang di war-warkan sebelum ini. Ini adalah kerana Sis Nora bukan berstatus revert. Walau bagaimanapun, beliau kami lawati atas ihsan sesama Islam juga atas urusan lain yang melibatkan muallaf, inshaAllah.

Pagi yang tenang dengan hujan renyai.
Kami tiba di rumah sewa beliau di Sungai Balak, Kajang dalam jam 9.45pagi dalam keadaan hujan renyai. Alhamdolillah tidak sukar mencari rumah beliau kerana Br Faisal telah terdahulu melawat Sis Nora sebelum ini.

Beliau mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki dan 2 perempuan. 2 anaknya berada di sekolah menengah dan keduanya mengidap penyakit serius (cancer) dan memerlukan pembedahan. Masing-masing telahpun menjalani pembedahan dan bakal memerlukan pembedahan lanjutan. Manakala anak bongsu beliau mengidap autism. 

Lawatan Ramadhaan 2011 - Hari Kedua 21.08.2011


Sukarelawan terlibat: Br Mustakim Kamaruddin, Sis Tuty Ashikin Abu Bakar, Sis Siti Fatimah Iskandar , Sis Suriati Abdul Halim dan Sis Siti Manisah Ngalim

Pada hari kedua, kami memulakan lawatan di Jalan Ipoh. Seramai 5 orang sukarelawan terllibat pada lawatan ini, yang mana Br Mustakim menyertai lawatan ke rumah pertama sahaja.

Kami sampai di rumah Sis Rafidah Abdullah pada jam 9.30 pagi. Seperti biasa kami disambut mesra oleh Sis Rafidah dan anak-anak beliau. Anak bungsu beliau tidak menyertai kami kerana kurang sihat dan sedang tidur ketika kami sampai.

Kami bertukar-tukar cerita bersama Sis Rafidah dan anak-anak, bertanyakan khabar dan berita terkini beliau. Memandangkan Sis Rafidah juga tidak bekerja, kami bawakan mereka barangan dapur, hamper raya dan hamper kanak-kanak. Br Mustakim  juga telah menyerahkan sejumlah wang zakat syarikat di mana beliau bekerja kepada Sis Rafidah bagi menampung sedikit keperluan kewangan. Terima kasih Br Mustakim dan syarikat beliau atas kunjungan dan sumbangan. Kami tinggalkan Sis Rafidah dengan meyakinkan beliau yang kami akan datang lagi untuk memantau keadaan beliau, pada jam 11.45 pagi.

Monday 22 August 2011

Lawatan Ramadhaan 2011 - Hari Pertama 20.08.2011


Sukarelawan terlibat: Br Mas Yuri Mahyiddin, Br Faisal Abdulrahman, Sis Emilia, Sis Mardziah Idris, Sis Siti Fatimah Iskandar dan Sis Siti Manisah Ngalim

Lawatan hari pertama disertai oleh 6 orang sukarelawan dan dimulakan di Port Dickson. Kami memulakan perjalanan seawal 7.30 pagi dan berkumpul di tol Bangi bagi memastikan semua peserta lawatan mendapat maklumat ringkas berkaitan dengan lawatan pada hari tersebut. Kami bertolak daripada tol Bangi pada jam 8.40pagi dan telah selamat sampai ke rumah Sis Yati Rahayu Sally Abdullah di Taman Port Dickson Utama pada jam 9.30 pagi.

Sis Rahayu telahpun menunggu kami kerana kami sepatutnya sampai pada jam 9 pagi. Anak-anak beliau, Daniel dan Natasha, yang pada awalnya menunjukkan rasa malu kepada kami bertukar mesra. Terima kasih kepada Br Mas Yuri dan Br Faisal yang pandai melayan mereka sebaik kami memasuki rumah.

Bumbung laman rumah yang diterbangkan angin.
Daniel dan Natasha di hadapan rumah.
Kami menyerahkan buah tangan (barangan dapur, hamper raya dan hamper kanak-kanak) yang kami bawa untuk mereka sekeluarga dan mula bertanyakan khabar beiau, anak-anak dan berita terkini. Walaupun dalam keadaan rumah yang baru saja dilanda ribut, Sis Rahayu masih dapat melayan kami dengan ramah dan mesra. Segala butir-butir berkaitan Sis Rahayu juga kami ambil sebagai simpanan dalam pangkalan data.

Tuesday 16 August 2011

Laporan Mesyuarat Skuad Ukhuwwah

Assalamualaikum,




Pada 30 Julai 2011, bertempat di Masjid Negara, mesyuarat Skuad Ukhuwwah telah diadakan. Hadirin adalah terdiri daripada beberapa sukarelawan yang mengisi borang Skuad Ukhwah. Bermula kira-kira jam 10 pagi, kami memulakan mesyuarat dengan sesi taaruf.  Ini adalah kali pertama kami berjumpa. 

Saturday 6 August 2011

LAWATAN PESAKIT MUALLAF DI HOSPITAL PPUM

Alhamdulillah lawatan telah dibuat ke PPUM untuk melawat Noridah binti Abdullah pada Hari rabu 4 Ogos 2011 jam 5-6.30 petang

Monday 1 August 2011

Happy Ramadhan Al-Mubarak :-)

Ramadhan Dinanti tiba semula......
Jangan biarkan ia berlalu begitu saja....
Isilah setiap waktu dlm bulan barakah dengan amalan soleh....
Agar bertambah iman dan takwa di dada.........

Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ....
Squad Ukhwah FCR telah bercadang untuk melawat saudara/saudari muslim kita yg baru....
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengeratkan ukhwah serta memahami keadaan serta keperluan mereka...
For this blog visitor informations, saudara/saudari muslim yg bakal kami lawat terdiri drpd  ibu tunggal dan ada yg belum mempunyai pekerjaan tetap......

Therefore, kepada sesiapa yg ingin berikan sumbangan dlm bentuk wang ringgit ataupun barangan adalah amat dialu-alukan.....
Anda boleh menghubungi Squad Ukhwah FCR untuk keterangan lanjut.....
or Sis Emillia (m_miy18@yahoo.com)

Cadangan Tarikh Lawatan : 20/21 August 2011

P/S : Kami memerlukan lebih ramai volunteer dari kalangan FCR Alumni utk join skuad ni....Jadi, silalah register as volunteer because this Squad activity is based on your own willingness&ability...so easy n simple...

Sesiapa nak join lawatan this coming Saturday & Sunday, kindly contact sis Siti Manisah (siti_ng@yahoo.co.uk)