Monday 19 September 2011

Update permohonan dokumen diri Sis Rahayu

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


Pada 11.09.2011 yang lalu, kami telah bertemu dengan Sis Rahayu untuk mengambil salinan-salinan dokumen beliau bagi urusan permohonan kad pengenalan beliau.

Terlanjur datang, kami bawa Sis Rahayu dan anak2 ke Pantai Pengakap sementara kami berbincang lanjut dengan Sis Rahayu.

Senyuman di wajah anak2 ini.....priceless!



Kami dimaklumkan kemungkinan permohonan Sis Rahayu untuk mendapatkan permit masuk ke Malaysia yang membolehkan beliau mendapat kad identiti sementara dan membolehkan beliau bekerja tidak diluluskan. Namun begitu, sebelum 1 Syawwal, Mufti Negeri Sembilan (maklumat beliau di SINI) telah singgah bagi memberikan wang zakat. Pada masa sama beliau diberitahu tentang permohonan permit tersebut menyatakan akan memantau permohonan itu. Namun di awal Syawwal lalu Sis Rahayu mendapat berita sedih tentang kemungkinan permohonannya ditolak.

Kami akan terus berusaha dengan mencari jalan dan ruang lain bagi membantu Sis Rahayu. Seperti semangat Zakat itu sendiri, kami akan terus cuba membantu sehingga Sis Rahayu mampu berdiri sendiri, inshaAllah.

Antara perkara yang harus kami usahakan:

1. Membuat permohonan dokumen identiti diri melalui jalan lain.

2. Berbincang dengan Lembaza Zakat Negeri Sembilan/Port Dickson untuk menaikkan bayaran wang zakat bulanan beliau daripada RM100 sebulan kepada nilai yang lebih munasabah.

3. Memikirkan cara lain yang dapat beliau lakukan untuk mendapatkan sumber pencarian untuk meneruskan kehidupan.


Do'akan kami....


Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


Setiausaha SUFA
19.09.2011





No comments:

Post a Comment