Monday 19 September 2011

Bantuan kepada saudara MS

Assalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh


Sehari sebelum Eid Fitr bulan lepas (28 Ogos 2011), ketua Skuad (Br Faisal Abdurahman) telah membuat lawatan persendirian ke atas seorang saudara se-Islam yang sangat baru memeluk Islam. Berikut adalah sedikit catatan laporan lawatan tersebut.




1. Rumah yang disewa telah dipotong saluran elektrik sebab tunggakan telah mencecah RM645, Akaun TNB telah ditutup, beliau tinggal dalam gelap
2. Beliau xxxxxxxxx
3. Tunggakan sewa rumah tertunggak selama dua bulan@RM350 total RM700
4. Beliau bekerja sebagai checking Bas Metro dengan gaji RM1300
5. Beliau menjaga seorang anak angkat Cina berumur 5 tahun, anak kawannya yang mati dilanggar
6. Kawan serumah seorang Cina sedang berjinak-jinak dengan Islam


Br Faisal telah membantu beliau dalam urusan  sewa tertunggak, bayaran bil2 dan urusan pendaftaran pernikahan saudara MS (RM350) dengan bantuan daripada Hidayah Centre dan wang beliau sendiri.

Skuad telah membayar semula wang peribadi Br Faisal sebanyak RM600/-. Sebahagian hutang masih belum berbayar, namun inshaALlah akan dapat diselesaikan sendiri oleh saudara MS.

Terima kasih kepada para penyumbang dana Skuad.

Bagi sesiapa yang mahu turut menyumbang sila hubungi kami di laman 'Hubungi Kami'.


Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh

p/s: tiada gambar disertakan untuk lawatan peribadi ini.


No comments:

Post a Comment