Tuesday 16 August 2011

Laporan Mesyuarat Skuad Ukhuwwah

Assalamualaikum,




Pada 30 Julai 2011, bertempat di Masjid Negara, mesyuarat Skuad Ukhuwwah telah diadakan. Hadirin adalah terdiri daripada beberapa sukarelawan yang mengisi borang Skuad Ukhwah. Bermula kira-kira jam 10 pagi, kami memulakan mesyuarat dengan sesi taaruf.  Ini adalah kali pertama kami berjumpa. 


yang disebelah kiri sekali adalah ketua Skuad

Perbincangan bermula menerangkan tentang objektif Skuad dan kemudiannya mengenai carta organisasi dan pembahagian tugas.  Perkara yang penting kami bincang adalah tentang lawatan di bulan ramadan. Kami telah menyenaraikan beberapa  keluarga muallaf yang perlu dilawat bersempena ramadan ini.  Sehabis agenda yang penting, semua ahli skuad telah diberi taklimat oleh ketua skuad tentang tips-tips berhadapan dengan muallaf berdasarkan pengalaman beliau.



Manakala, saya pula memberi taklimat tentang kes terbaru yang kami terima. Diwujudkan juga satu  jawatan khas iaitu Trainer yang akan mengajar FCR Alumni bagaimana menerangkan Islam kepada muallaf. Mesyuarat tamat setibanya masuk waktu zohor.

sekian dilaporkan,
Emillia 
bendahari skuad

No comments:

Post a Comment