Monday 22 August 2011

Lawatan Ramadhaan 2011 - Hari Pertama 20.08.2011


Sukarelawan terlibat: Br Mas Yuri Mahyiddin, Br Faisal Abdulrahman, Sis Emilia, Sis Mardziah Idris, Sis Siti Fatimah Iskandar dan Sis Siti Manisah Ngalim

Lawatan hari pertama disertai oleh 6 orang sukarelawan dan dimulakan di Port Dickson. Kami memulakan perjalanan seawal 7.30 pagi dan berkumpul di tol Bangi bagi memastikan semua peserta lawatan mendapat maklumat ringkas berkaitan dengan lawatan pada hari tersebut. Kami bertolak daripada tol Bangi pada jam 8.40pagi dan telah selamat sampai ke rumah Sis Yati Rahayu Sally Abdullah di Taman Port Dickson Utama pada jam 9.30 pagi.

Sis Rahayu telahpun menunggu kami kerana kami sepatutnya sampai pada jam 9 pagi. Anak-anak beliau, Daniel dan Natasha, yang pada awalnya menunjukkan rasa malu kepada kami bertukar mesra. Terima kasih kepada Br Mas Yuri dan Br Faisal yang pandai melayan mereka sebaik kami memasuki rumah.

Bumbung laman rumah yang diterbangkan angin.
Daniel dan Natasha di hadapan rumah.
Kami menyerahkan buah tangan (barangan dapur, hamper raya dan hamper kanak-kanak) yang kami bawa untuk mereka sekeluarga dan mula bertanyakan khabar beiau, anak-anak dan berita terkini. Walaupun dalam keadaan rumah yang baru saja dilanda ribut, Sis Rahayu masih dapat melayan kami dengan ramah dan mesra. Segala butir-butir berkaitan Sis Rahayu juga kami ambil sebagai simpanan dalam pangkalan data.


Barang dapur dan hamper raya.

Hamper kanak-kanak.

Sayuran dan daging.

Sis Rahayu amat-amat berbesar hati atas kehadiran kami kerana amat jarang beliau dikunjungi tetamu. Keadaan beliau yang tidak dapat bekerja menyebabkan beliau hanya mengenali beberapa orang dalam taman tersebut sahaja. Kami juga amat berbesar hati kerana diterima dan dilayan dengan mesra.


Di awal pertemuan.
 
Di akhir pertemuan.


Alhamdolillah, jam 10.45 kami meninggalkan Sis Rahayu dan anak-anak. Kami menyerahkan wang sejumlah RM300 sebagai wang saku buat Sis Rahayu. Ada juga di kalangan kami yang memberikan duit raya kepada Daniel dan Natasha. Terima kasih diucapkan kepada mereka.

Daniel dan Natasha....tunjuk gigi!
Cak!


Destinasi seterusnya adalah Desa Wangsa, Cheras. Kami sampai ke rumah Sis Shuhada Abdullah pada jam 12.35 tengahari. Alhamdolillah kami dijemput ke rumahnya oleh anak lelaki beliau Sonu. Seawal lawatan Sonu amat mesra dengan kami kerana beliau telah biasa dengan kehadiran Sis Emilia dan suami, Br Mas Yuri. Tetapi anak perempuan beliau, Aishah amat malu dan kelihatan agak takut dengan kami. Walau bagaimanapun keadaan Aishah berubah mesra setelah di ayat  bersungguh-sungguh oleh Br Mas Yuri dan Br Faisal. Mereka berdua menunjukkan potensi sebagai ayah mithali, ameen.

Memujuk Aishah supaya tidak takut kepada kami.

Mardziah dan Aishah.

Keadaan Sis Shuhada agak baik berbanding Sis Rahayu kerana beliau masih mempunyai ibu dan beliau juga bekerja. Bagaimanapun, kehadiran kami amat dihargai dan beliau juga memberikan kami token berupa sekotak kurma sebagai penghargaan. Terima kasih Sis! Selain itu kami menerika satu kejutan daripada Sonu. Beliau telah mereka sekeping kad ucapan Selamat Hari Raya dan Merdeka semasa kami berbual-bual dengan mamanya.


Sonu membahagi-bahagikan hadiah kepada sukarelawan.

Khas untuk Kak Fatimah.

Sonu dan Kak Fatimah membuat suprise untuk kami.

Kad Hari Raya untuk sukarelawan.
Hamper raya untuk Mama dan hamper kanak-kanak untuk Sonu dan Aishah.


Kami juga memberi Sonu dan Aishah hamper kanak-kanak dan hamper Aidilfitri kepada Sis Shuhada sebagai tanda ingatan. Kami meninggalkan mereka setelah puas bermain dengan Sonu dan Aishah sekitar jam 1.30 tengahari.


Dilaporkan oleh
Setiausaha SUFA


22.Ogos.2011

No comments:

Post a Comment