Wednesday 24 August 2011

Lawatan Ramadhaan 2011 - Hari Kedua 21.08.2011


Sukarelawan terlibat: Br Mustakim Kamaruddin, Sis Tuty Ashikin Abu Bakar, Sis Siti Fatimah Iskandar , Sis Suriati Abdul Halim dan Sis Siti Manisah Ngalim

Pada hari kedua, kami memulakan lawatan di Jalan Ipoh. Seramai 5 orang sukarelawan terllibat pada lawatan ini, yang mana Br Mustakim menyertai lawatan ke rumah pertama sahaja.

Kami sampai di rumah Sis Rafidah Abdullah pada jam 9.30 pagi. Seperti biasa kami disambut mesra oleh Sis Rafidah dan anak-anak beliau. Anak bungsu beliau tidak menyertai kami kerana kurang sihat dan sedang tidur ketika kami sampai.

Kami bertukar-tukar cerita bersama Sis Rafidah dan anak-anak, bertanyakan khabar dan berita terkini beliau. Memandangkan Sis Rafidah juga tidak bekerja, kami bawakan mereka barangan dapur, hamper raya dan hamper kanak-kanak. Br Mustakim  juga telah menyerahkan sejumlah wang zakat syarikat di mana beliau bekerja kepada Sis Rafidah bagi menampung sedikit keperluan kewangan. Terima kasih Br Mustakim dan syarikat beliau atas kunjungan dan sumbangan. Kami tinggalkan Sis Rafidah dengan meyakinkan beliau yang kami akan datang lagi untuk memantau keadaan beliau, pada jam 11.45 pagi.

Memandangkan kami keluar dari rumah Sis Rafidah agak lewat daripada yang dirancang, kami terpaksa meminta izin sekali lagi kepada Sis Dayang untuk melawat belaiu tengahari itu. Ini bagi mengelakkan ketidak selesaan beliau menerima tetamu pada waktu yang agak kurang sesuai. Namun beliau meminta kami untuk terus berkunjung walaupun agak lewat.

Kami tiba di Bangi, di rumah Sis Dayang pada jam 12.35 tengahari.  Alhamdolillah, walaupun Sis Dayang baru sahaja bepindah rumah, kami masih berjaya mencari rumah beliau. Tiga daripada empat anak-anak beliau juga turut serta, Azreen, Alisha dan Aiman. Anak pertama beliau, Azween berada di sekolah asrama dan tidak pulang pada hujung minggu ini kerana terlibat dalam program iktikaf di Masjid sekolahnya. Lawatan ini agak ringkas kerana Sis Dayang tidak mempunyai apa-apa kes tertangguh dalam rekod kami, alhamdolillah dan kami juga harus sgera pulang ke IIS untuk menghadiri satu seminar ringkas oleh Br Shah Kirit. Kami sampaikan hamper raya kepada beliau sebagai buah tangan dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka sekeluarga pada jam 1.30 tengahari.


Dilaporkan oleh
Setiausaha SUFA

22.Ogos.2011

*tiada gambar disertakan atas sebab kes-kes ini adalah kes tertutup.

No comments:

Post a Comment