Sunday 25 December 2011

18.12.2011 - Rayuan permohonan pengenalan diri Sis Rahayu


Assalamualaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh,

Pada 18 Disember 2011, sebagaimana temujanji kami telah membawa Sis Rahayu untuk berjumpa dengan orang Puan Asiah Daud di kediaman beliau di Puchong, Selangor.

Bergerak ke Port Dickson seawal 7.30 pagi untuk menjemput Sis Rahayu dan anak-anak di kediaman beliau. Kami tiba di rumah Sis Rahayu kira-kira pukul 8.45 pagi dan terus pergi mengambil salinan-salinan dokumen Sis Rahayu yang di hantar untuk di sahkan. Malangnya dokumen tersebut tidak di sahkan sebagaimana yang kami harapkan. Namun begitu, kami merancang untuk meneruskan perjalanan ke kediaman Puan Asiah.

Pukul 11.00 pagi kami tiba di rumah Puan Asiah dan di sambut mesra oleh beliau dan suami. Setibanya kami, beliau telah siap menyediakan minum pagi dan mee goreng untuk kami dan bihun sup khas untuk anak-anak Sis Rahayu. Ternyata beliau cukup mesra dengan anak-anak Sis Rahayu dan mengelarkan dirinya ‘Oma’ iaitu panggilan nenek oleh cucu-cucu kandungnya.

Kami berkenalan dengan Pn Asiah sambil berbincang kes Sis Rahayu sambil beliau menyemak salinan-salinan dokumen yang telah kami sediakan untuk membuat rayuan permohonan permit kepada Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Disebabkan dokumen tersebut belum di sahkan, kami bercadang untuk mendapatkan cop pengesahan daripada Ketua Kampung Bagan Pinang di Port Dickson sewaktu menghantar Sis Rahayu dan anak-anak pulang.

Pukul 3.00 petang kami bergerak dari kediaman Puan Asiah ke Port Dickson seusai solat zohor dan makan tengahhari. Kami cukup berbesar hati dan berterima kasih kepada Puan Asiah dan suami dengan layanan mesra yang di berikan kepada kami. Puan Asiah seorang yang sangat pemurah, rela membantu dan beliau sudi menjadi orang hubungan antara kami dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood bin Adam. Sebelum balik beliau juga memberikan Sis Rahayu buah tangan antaranya pakaian dan bekal makanan. Anak-anak Sis Rahayu juga begitu gembira dijamu makan ais-krim dan gula-gula sebagai buah tangan untuk di bawa pulang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa Puan Asiah dan suami, moga redha Allah sentiasa bersama mereka.

Kami tiba di rumah ketua kampong Bagan Pinang, Port Dickson kira-kira pukul 5.30 petang. Alhamdulillah, kami sempat berjumpa dengan ketua kampung sebelum beliau beredar kerana ada urusan di luar.

Selesai solat Asar kami membawa anak-anak Sis Rahayu ke pantai berhampiran sekadar menghiburkan anak-anak itu selepas satu hari yang panjang. Pada pukul 6.30 petang kami beredar dari pantai untuk menghantar Sis Rahayu balik dan meneruskan perjalanan kembali ke Puchong untuk menghantar salinan-salinan dokumen Sis Rahayu kepada Puan Asiah. 




             
Semua urusan kami selesai kira-kira pada pukul 10.00 malam. Alhamdulillah dengan izin Allah segalan urusan kami pada hari itu berjalan lancar. Kami juga dimaklumkan oleh Sis Rahayu bahawa beliau akan mendaftar anak sulungnya, Mohd Aiman Daniel ke pra-sekolah untuk sesi tahun 2012 pada Isnin 19/12/2011.

Sama-samalah kita mendoakan mudah mudahan usaha ini di berkati oleh Allah dan moga Allah membuka hati mereka untuk meluluskan permohonan permit Sis Rahayu.

Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh.

Setiausaha SUFA,
24/12/2011

No comments:

Post a Comment