Assalamualaikum,
Pada 13 Jan 2012, satu lawatan ukhwah ke rumah sis Rafidah Abdullah telah dijalankan. Kami menziarahi beliau sekeluarga untuk mengetahui keadaan terkini. Sehingga kini, beliau masih belum punyai pekerjaan tetap. Kesukaran mendapatkan kerja adalah disebabkan faktor pergerakan dan kondisi kewangan yang tidak stabil mengekang beliau kerana beliau merupakan ibu tunggal yang punyai anak anak seramai 4 orang (2 sudah bersekolah, 2 berumur 5 dan 3 tahun).
Alhamdulillah, anak-anaknya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun yang lepas. Anak sulung akan menduduki UPSR tahun ini. Manakala, anaknya yang berusia 5 tahun tidak bersekolah.
Semoga beliau terus tabah menghadapi hari hari yang mendatang.
sekiranya anda berminat menyumbang kepada sis Rafidah, boleh hubungi Skuad Ukhwah seperti yang tertulis di bahagian "Hubungi Kami"
Sekian terima Kasih.
Tuesday, 17 January 2012
Sunday, 25 December 2011
18.12.2011 - Rayuan permohonan pengenalan diri Sis Rahayu
Assalamualaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh,
Pada 18 Disember 2011, sebagaimana temujanji kami telah
membawa Sis Rahayu untuk berjumpa dengan orang Puan Asiah Daud di kediaman beliau di Puchong, Selangor.
Bergerak ke Port Dickson seawal 7.30 pagi untuk menjemput
Sis Rahayu dan anak-anak di kediaman beliau. Kami tiba di rumah Sis Rahayu kira-kira pukul 8.45
pagi dan terus pergi mengambil salinan-salinan dokumen Sis Rahayu yang di
hantar untuk di sahkan. Malangnya dokumen tersebut tidak di sahkan sebagaimana
yang kami harapkan. Namun begitu, kami merancang untuk meneruskan perjalanan ke
kediaman Puan Asiah.
Pukul 11.00 pagi kami tiba di rumah Puan Asiah dan di sambut
mesra oleh beliau dan suami. Setibanya kami, beliau telah siap menyediakan
minum pagi dan mee goreng untuk kami dan bihun sup khas untuk anak-anak Sis
Rahayu. Ternyata beliau cukup mesra dengan anak-anak Sis Rahayu dan mengelarkan
dirinya ‘Oma’ iaitu panggilan nenek oleh cucu-cucu kandungnya.
Kami berkenalan dengan Pn Asiah sambil berbincang kes Sis Rahayu sambil beliau menyemak salinan-salinan dokumen yang telah kami
sediakan untuk membuat rayuan permohonan permit kepada Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Disebabkan dokumen tersebut belum di sahkan, kami bercadang untuk
mendapatkan cop pengesahan daripada Ketua Kampung Bagan Pinang di Port Dickson
sewaktu menghantar Sis Rahayu dan anak-anak pulang.
Pukul 3.00 petang kami bergerak dari kediaman Puan Asiah ke
Port Dickson seusai solat zohor dan makan tengahhari. Kami cukup berbesar hati dan berterima kasih kepada Puan Asiah dan suami
dengan layanan mesra yang di berikan kepada kami. Puan Asiah seorang yang sangat
pemurah, rela membantu dan beliau sudi menjadi orang hubungan antara kami dan
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood bin Adam. Sebelum
balik beliau juga memberikan Sis Rahayu buah tangan antaranya pakaian dan bekal
makanan. Anak-anak Sis Rahayu juga begitu gembira dijamu makan ais-krim dan
gula-gula sebagai buah tangan untuk di bawa pulang. Hanya Allah sahaja yang
mampu membalas jasa Puan Asiah dan suami, moga redha Allah sentiasa bersama
mereka.
Kami tiba di rumah ketua kampong Bagan Pinang, Port Dickson
kira-kira pukul 5.30 petang. Alhamdulillah, kami sempat berjumpa dengan ketua
kampung sebelum beliau beredar kerana ada urusan di luar.
Selesai solat Asar kami membawa anak-anak Sis Rahayu ke pantai
berhampiran sekadar menghiburkan anak-anak itu selepas satu hari yang panjang.
Pada pukul 6.30 petang kami beredar dari pantai untuk menghantar Sis Rahayu
balik dan meneruskan perjalanan kembali ke Puchong untuk menghantar
salinan-salinan dokumen Sis Rahayu kepada Puan Asiah.
Semua urusan kami selesai kira-kira pada pukul 10.00 malam.
Alhamdulillah dengan izin Allah segalan urusan kami pada hari itu berjalan
lancar. Kami juga dimaklumkan oleh Sis Rahayu bahawa beliau akan
mendaftar anak sulungnya, Mohd Aiman Daniel ke pra-sekolah untuk sesi tahun
2012 pada Isnin 19/12/2011.
Sama-samalah kita mendoakan mudah mudahan usaha ini di
berkati oleh Allah dan moga Allah membuka hati mereka untuk meluluskan
permohonan permit Sis Rahayu.
Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh.
Setiausaha SUFA,
24/12/2011
Saturday, 24 December 2011
09/12/2011 - Melawat Sis Rahayu selepas permohonan dokumen dirinya ditolak.
Assalamualaikum wa rahmatullaahi wa barokaatuh,
Pada 09 Disember 2011, kami mengunjungi Sis Rahayu di Port
Dickson. Bagi makluman semua permohonan permit Sis Rahayu sebelum ini telah di
tolak oleh Imigresen Port Dickson.
Kami mengunjungi beliau untuk bertanya khabar di samping mendapatkan
salinan-salinan dokumen beliau untuk membuat rayuan di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Kami diberitahu bahawa seorang bekas petugas di Putrajaya dengan nama Pn Asiah Daud telah menghubungi beliau dan menasihatinya untuk membuat surat rayuan tersebut.
Sis Rahayu adalah seorang yang sangat positif dan beliau
sesekali tidak pernah berputus asa sungguhpun usaha beliau belum membuahkan
hasil. Kami memohon doa dari kalian moga Allah permudahkan urusan beliau, ameen.
Lawatan ringkas ini tamat pada jam 5 petang, tanpa menjanjikan apa-apa kepada Sis Rahayu.
Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
Setiausaha SUFA.
24/12/2011
Tuesday, 1 November 2011
LAWATAN NURUL NADIAH DI HUKM
SQUAD telah melawat pesakit di HUKM di bilik Ortophedik Wanita, beliau dilanggar oleh kereta sehingga kaki beliau telah patah dan doktor akan membuat pembedahan kaki beliau pada 3 november. Alhamdulillah beliau gembira berbual-bual dengan kami, beliau dari dulu lagi suka bersembang dengan saya. Beliau mempunyai usaha catering sungguhpun umur sudah 60 tahun, beliau juga sempat bermanja-manja deangan anaknya. Beliau meminta anaknya mengurut kaki, saya menawarkan diri untuk membuat urut refleksilogi di kaki beliau dan beliau merasa seronok. Alhamdulillah
Kami jumpa dengan anak beliau bernama Azmi Lim dan berkongsi maklumat tentang dakwah. Alhamdulillah banyak maklumat yang kami dapat daripada perbincangan dengan anak encik azmi.
Saturday, 8 October 2011
LAWATAN KE RUMAH SAUDARA MUSLIM DI KAJANG
LAWATAN ISTERI SEORANG SAUDARA MUSLIM BERSALIN DI HOSPITAL SERDANG
Alhamdulillah pada 6 Oktober 2011 SQUAD telah melawat isteri daripada Muhammad
Syafiq Abdullah di Hospital serdang yang telah melahirkan anak perempuan berat
2.8 kg pada 5 oktober 2011. SQUAD telah memberikan bantuan RM200 untuk keperluan
beliau di selama di Hospital Serdang. Alhamdulillah pada hari tersebut isteri
dan bayi beliau selamat keluar daripada Hospital dan pulang ke rumah.
Monday, 26 September 2011
SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA SAUDARA MUSLIM
Tetamu beserta makanan yang baru sampai dan panas-panas lagi
Alhamdulillah Skuad Ukhuwah Alumni FCR bekerjasama dengan geng-geng Saudara Faisal Abdurrahman telah berjaya menganjurkan sambutan hariraya bersama Saudara Muslim di sekitar Selangor dan jemputan khas dari Melaka. Alhamdulillah tetamu yang hadir sekitar 30 orang daripada pelbagai kaum iaitu sabahan, Sarawakian, Cina, Serani dan Sri Langka serta Aceh. Alhamdulillah peserta program gembira menceritakan pengalaman masing-masing dan membincangkan isu-isu yang dihadapi selepas memeluk Islam. tetamu mendapatkan hadiah buku tuhan untuk semua dan hadiah lainnya daripada penaja luar yang dirahsiakan namanya. Beliau tidak suka diwar-warkan namanya kepada khalayak ramai.
Saudara Hanif Hakim sedang berkaongsi pengalaman bersama tetamu semua, yang duduk ditepi beliau adalah Saudara Muslim dari Sri Langka
Sambutan raya tersebut diadakan di Masjid Al-Hasanah seksyen 9 Bandar Baru Bangi jam 9 pagi smapai 1 petang, awalnya dirancangkan dibuat di taman masjid tapi keadaan cuaca yang mendung terpaksa diadakan di dalam masjid.
Saudara Joannes Lukas sedang menceritakan tentang Hidayah Center
Beliau datang bersama Yeo Wee Kiat menerangkan tentang tindakan yang boleh dilakukan apabila Saudara Muslim menghadapi masalah. Hidayah Center memberikan bantuan kewangan kepada Saudara Muslim yang menghadapi masalah kewangan dan menyediakan tempat perlindungan semenatara tetapi harus memenuhi syarat-syarat yang dutetapkan oleh Hidayah Center. Hidayah center juga boleh dijadikan sebagai penghubung antara Saudara Muslim dengan Jabatan kerejaan untuk memohon bantuan kewangan dan urusan pengislaman. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


