Assalamualaikum,
Pada 13 Jan 2012, satu lawatan ukhwah ke rumah sis Rafidah Abdullah telah dijalankan. Kami menziarahi beliau sekeluarga untuk mengetahui keadaan terkini. Sehingga kini, beliau masih belum punyai pekerjaan tetap. Kesukaran mendapatkan kerja adalah disebabkan faktor pergerakan dan kondisi kewangan yang tidak stabil mengekang beliau kerana beliau merupakan ibu tunggal yang punyai anak anak seramai 4 orang (2 sudah bersekolah, 2 berumur 5 dan 3 tahun).
Alhamdulillah, anak-anaknya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun yang lepas. Anak sulung akan menduduki UPSR tahun ini. Manakala, anaknya yang berusia 5 tahun tidak bersekolah.
Semoga beliau terus tabah menghadapi hari hari yang mendatang.
sekiranya anda berminat menyumbang kepada sis Rafidah, boleh hubungi Skuad Ukhwah seperti yang tertulis di bahagian "Hubungi Kami"
Sekian terima Kasih.