Skuad Ukhuwwah FCR Alumni
Friday, 15 November 2013
Dawah Materials for Downloads & For Non-muslim, Let Learn about Islam
ABOUT MISSION DAWAH
Mission Dawah aims to establish a “mass movement” in dawah through training and mobilising a network of du’aat or Islamic missionaries. Mission Dawah will either partner with or develop teams of local, trained volunteers whose activities will be coordinated by more advanced local team leaders. This will be achieved by taking them through a series of training programmes, alongside additional support with practical tool-kits on giving dawah, and further support in physical, financial and human resources.
These local teams will be developed nationwide, and will come to form a vast network. All activities will be continuously monitored, with findings informing further improvements to make them more effective and efficient. The local team leaders will receive ongoing da’wah training, after which some will be considered to become full-time duaat.
“And who is better in speech that one who calls to Allah and works righteous deeds and says “Indeed I am of the Muslims?” (Fussilat:33)
- See more at: http://www.missiondawah.com
Tuesday, 17 January 2012
lawatan ukhwah ke rumah sis Rafidah
Assalamualaikum,
Pada 13 Jan 2012, satu lawatan ukhwah ke rumah sis Rafidah Abdullah telah dijalankan. Kami menziarahi beliau sekeluarga untuk mengetahui keadaan terkini. Sehingga kini, beliau masih belum punyai pekerjaan tetap. Kesukaran mendapatkan kerja adalah disebabkan faktor pergerakan dan kondisi kewangan yang tidak stabil mengekang beliau kerana beliau merupakan ibu tunggal yang punyai anak anak seramai 4 orang (2 sudah bersekolah, 2 berumur 5 dan 3 tahun).
Alhamdulillah, anak-anaknya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun yang lepas. Anak sulung akan menduduki UPSR tahun ini. Manakala, anaknya yang berusia 5 tahun tidak bersekolah.
Semoga beliau terus tabah menghadapi hari hari yang mendatang.
sekiranya anda berminat menyumbang kepada sis Rafidah, boleh hubungi Skuad Ukhwah seperti yang tertulis di bahagian "Hubungi Kami"
Sekian terima Kasih.
Pada 13 Jan 2012, satu lawatan ukhwah ke rumah sis Rafidah Abdullah telah dijalankan. Kami menziarahi beliau sekeluarga untuk mengetahui keadaan terkini. Sehingga kini, beliau masih belum punyai pekerjaan tetap. Kesukaran mendapatkan kerja adalah disebabkan faktor pergerakan dan kondisi kewangan yang tidak stabil mengekang beliau kerana beliau merupakan ibu tunggal yang punyai anak anak seramai 4 orang (2 sudah bersekolah, 2 berumur 5 dan 3 tahun).
Alhamdulillah, anak-anaknya memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan akhir tahun yang lepas. Anak sulung akan menduduki UPSR tahun ini. Manakala, anaknya yang berusia 5 tahun tidak bersekolah.
Semoga beliau terus tabah menghadapi hari hari yang mendatang.
sekiranya anda berminat menyumbang kepada sis Rafidah, boleh hubungi Skuad Ukhwah seperti yang tertulis di bahagian "Hubungi Kami"
Sekian terima Kasih.
Sunday, 25 December 2011
18.12.2011 - Rayuan permohonan pengenalan diri Sis Rahayu
Assalamualaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh,
Pada 18 Disember 2011, sebagaimana temujanji kami telah
membawa Sis Rahayu untuk berjumpa dengan orang Puan Asiah Daud di kediaman beliau di Puchong, Selangor.
Bergerak ke Port Dickson seawal 7.30 pagi untuk menjemput
Sis Rahayu dan anak-anak di kediaman beliau. Kami tiba di rumah Sis Rahayu kira-kira pukul 8.45
pagi dan terus pergi mengambil salinan-salinan dokumen Sis Rahayu yang di
hantar untuk di sahkan. Malangnya dokumen tersebut tidak di sahkan sebagaimana
yang kami harapkan. Namun begitu, kami merancang untuk meneruskan perjalanan ke
kediaman Puan Asiah.
Pukul 11.00 pagi kami tiba di rumah Puan Asiah dan di sambut
mesra oleh beliau dan suami. Setibanya kami, beliau telah siap menyediakan
minum pagi dan mee goreng untuk kami dan bihun sup khas untuk anak-anak Sis
Rahayu. Ternyata beliau cukup mesra dengan anak-anak Sis Rahayu dan mengelarkan
dirinya ‘Oma’ iaitu panggilan nenek oleh cucu-cucu kandungnya.
Kami berkenalan dengan Pn Asiah sambil berbincang kes Sis Rahayu sambil beliau menyemak salinan-salinan dokumen yang telah kami
sediakan untuk membuat rayuan permohonan permit kepada Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Disebabkan dokumen tersebut belum di sahkan, kami bercadang untuk
mendapatkan cop pengesahan daripada Ketua Kampung Bagan Pinang di Port Dickson
sewaktu menghantar Sis Rahayu dan anak-anak pulang.
Pukul 3.00 petang kami bergerak dari kediaman Puan Asiah ke
Port Dickson seusai solat zohor dan makan tengahhari. Kami cukup berbesar hati dan berterima kasih kepada Puan Asiah dan suami
dengan layanan mesra yang di berikan kepada kami. Puan Asiah seorang yang sangat
pemurah, rela membantu dan beliau sudi menjadi orang hubungan antara kami dan
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood bin Adam. Sebelum
balik beliau juga memberikan Sis Rahayu buah tangan antaranya pakaian dan bekal
makanan. Anak-anak Sis Rahayu juga begitu gembira dijamu makan ais-krim dan
gula-gula sebagai buah tangan untuk di bawa pulang. Hanya Allah sahaja yang
mampu membalas jasa Puan Asiah dan suami, moga redha Allah sentiasa bersama
mereka.
Kami tiba di rumah ketua kampong Bagan Pinang, Port Dickson
kira-kira pukul 5.30 petang. Alhamdulillah, kami sempat berjumpa dengan ketua
kampung sebelum beliau beredar kerana ada urusan di luar.
Selesai solat Asar kami membawa anak-anak Sis Rahayu ke pantai
berhampiran sekadar menghiburkan anak-anak itu selepas satu hari yang panjang.
Pada pukul 6.30 petang kami beredar dari pantai untuk menghantar Sis Rahayu
balik dan meneruskan perjalanan kembali ke Puchong untuk menghantar
salinan-salinan dokumen Sis Rahayu kepada Puan Asiah.
Semua urusan kami selesai kira-kira pada pukul 10.00 malam.
Alhamdulillah dengan izin Allah segalan urusan kami pada hari itu berjalan
lancar. Kami juga dimaklumkan oleh Sis Rahayu bahawa beliau akan
mendaftar anak sulungnya, Mohd Aiman Daniel ke pra-sekolah untuk sesi tahun
2012 pada Isnin 19/12/2011.
Sama-samalah kita mendoakan mudah mudahan usaha ini di
berkati oleh Allah dan moga Allah membuka hati mereka untuk meluluskan
permohonan permit Sis Rahayu.
Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh.
Setiausaha SUFA,
24/12/2011
Saturday, 24 December 2011
09/12/2011 - Melawat Sis Rahayu selepas permohonan dokumen dirinya ditolak.
Assalamualaikum wa rahmatullaahi wa barokaatuh,
Pada 09 Disember 2011, kami mengunjungi Sis Rahayu di Port
Dickson. Bagi makluman semua permohonan permit Sis Rahayu sebelum ini telah di
tolak oleh Imigresen Port Dickson.
Kami mengunjungi beliau untuk bertanya khabar di samping mendapatkan
salinan-salinan dokumen beliau untuk membuat rayuan di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. Kami diberitahu bahawa seorang bekas petugas di Putrajaya dengan nama Pn Asiah Daud telah menghubungi beliau dan menasihatinya untuk membuat surat rayuan tersebut.
Sis Rahayu adalah seorang yang sangat positif dan beliau
sesekali tidak pernah berputus asa sungguhpun usaha beliau belum membuahkan
hasil. Kami memohon doa dari kalian moga Allah permudahkan urusan beliau, ameen.
Lawatan ringkas ini tamat pada jam 5 petang, tanpa menjanjikan apa-apa kepada Sis Rahayu.
Wassalaamu`alaikom wa rahmatullaahi wa barokaatuh
Setiausaha SUFA.
24/12/2011
Tuesday, 1 November 2011
LAWATAN NURUL NADIAH DI HUKM
SQUAD telah melawat pesakit di HUKM di bilik Ortophedik Wanita, beliau dilanggar oleh kereta sehingga kaki beliau telah patah dan doktor akan membuat pembedahan kaki beliau pada 3 november. Alhamdulillah beliau gembira berbual-bual dengan kami, beliau dari dulu lagi suka bersembang dengan saya. Beliau mempunyai usaha catering sungguhpun umur sudah 60 tahun, beliau juga sempat bermanja-manja deangan anaknya. Beliau meminta anaknya mengurut kaki, saya menawarkan diri untuk membuat urut refleksilogi di kaki beliau dan beliau merasa seronok. Alhamdulillah
Kami jumpa dengan anak beliau bernama Azmi Lim dan berkongsi maklumat tentang dakwah. Alhamdulillah banyak maklumat yang kami dapat daripada perbincangan dengan anak encik azmi.
Saturday, 8 October 2011
LAWATAN KE RUMAH SAUDARA MUSLIM DI KAJANG
Alhamdulillah SQUAD telah melawat ke rumah Aisyah Cheng Yee Man di Kajang, suami beliau mengalami sakit buah pinggang dan telah dimasukkan ke wad di Hospital Kajang sejak ahad (2 Okt 2001) sampai Jumat (7 Okt 2011). Alhamdulillah beliau telah discaj semalam dan menunggu keputusan analisis doktor, setakat ini beliau telah menerima dua kali hemodialysis. Beliau tidak mempunyai insuran yang dapat menanggaung kos perbelanjaan tersebut dan memerlukan bantuan daripada muslim yang lain. Selain bantuan kewangan beliau juga memerlukan sokongan moral dari muslim yang lain, sesiapa yang tinggal di kawasan yang dekat dengan kajang bolehlah melawat beliau.
LAWATAN ISTERI SEORANG SAUDARA MUSLIM BERSALIN DI HOSPITAL SERDANG
Alhamdulillah pada 6 Oktober 2011 SQUAD telah melawat isteri daripada Muhammad
Syafiq Abdullah di Hospital serdang yang telah melahirkan anak perempuan berat
2.8 kg pada 5 oktober 2011. SQUAD telah memberikan bantuan RM200 untuk keperluan
beliau di selama di Hospital Serdang. Alhamdulillah pada hari tersebut isteri
dan bayi beliau selamat keluar daripada Hospital dan pulang ke rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)